JULAI 2023

Premier Hadiri Majlis Kesyukuran Perdana


KUCHING, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg menghadiri Majlis Kesyukuran Perdana Sempena Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka bertempat di Masjid Jamek Petra Jaya malam ini tadi. 

Premier turut bersama jemaah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, dan kemudiannya diikuti ceramah ringkas yang bertajuk "Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan" yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Sarawak , Datu Haji Kipli bin Haji Yassin. 

Majlis dikemudiannya diakhiri dengan solat Isyak secara berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Sarawak, Sahibul Fadilah Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi dan diikuti doa kesyukuran.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Yang Dipertua Dewan Negara Malaysia, Senator Tan Sri Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Speakar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) dan Ketua-ketua Jabatan.

Sumber dari : Sarawakku